PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI,

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Strategik (JS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Alhamdulillah, laman web rasmi JS ini dibangunkan untuk memberi maklumat serta informasi terkini kepada pengunjung berkaitan dengan visi, misi, objektif, struktur organisasi, fungsi serta program-program yang dilaksanakan oleh JS.

 

Sedikit latar belakang penubuhan Jabatan ini, ianya bermula pada 1 Februari 2022 yang mana Bahagian Perancangan Korporat (BPK) dan Jabatan Canselori (JC) pada ketika itu distruktur semula dan digabungkan di bawah salah satu PTj iaitu Jabatan StrategikUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Jabatan Strategik (JSUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berperanan sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang menjadi penggerak dan pemacu kepada kebitaraan perancangan strategik, penarafan global dan jaringan kolaborasi strategik UPSI dalam mencapai keberhasilan utama universiti dan negara.

 

JS UPSI dengan peranan serta fungsi ini komited untuk membantu UPSI terus merintis dan menerajui kegemilangan pendidikan tinggi negara seperti yang diharapkan. InsyaAllah.

 

Akhir kata, kami mengharap semua warga UPSI dan pihak luar memperolehi manfaat dari laman web ini. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pendapat daripada pengunjung bagi memantapkan lagi pengurusan laman web ini. Sekian, Salam hormat dan terima kasih.