Bilangan Jaringan Kolaborasi UPSI Mengikut Tahun
Pada tahun 2025, UPSI giat memperkasakan jaringan kolaborasi startegik dalam negara dan luar negara dalam pelbagai bidang yang berfokus kepada aktiviti 4P (penyelidikan, perundingan, pengkomersialan dan penerbitan) dalam kalangan pensyarah dan pelajar UPSI melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA). Sehingga Jun 2025, jumlah keseluruhan MoU aktif UPSI dengan universiti/institusi/agensi/pemain industri adalah sebanyak 95, manakala jumlah keseluruhan MoA aktif adalah sebanyak 58 dan jumlah keseluruhan LoI aktif adalah sebanyak 14. Perincian bilangan MoU, MoA dan LoI adalah seperti Rajah di bawah.
